Saturday, May 3, 2014

Al-Asr : Kita Sedang Lemas!

Surah Al-Asr mengajar kita 4 perkara penting agar kita tidak terjerumus dalam kerugian yang dianalogikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan sebagai sedang lemas (baca : drowning) :

1. Iman
2. Melakukan amal soleh
3. Menyebarkan kebenaran
4. Sabar

Beriman itu sebagai asas, lalu beramal soleh yang merupakan kesan iman. Tak cukup dengan beramal soleh, kena ajak orang lain buat baik dan sedarkan mereka bahawa mereka sedang lemas! ( dalam kerugian).

Lalu dalam beriman, beramal soleh dan mengajak orang lain berbuat baik pasti ada cabaran dan dugaan, lalu kita kena bersabar.

Keempat-empat perkara ini berkesinambungan dan ia berulang-ulang.
Meninggalkan empat perkara ini bermakna kita membiarkan kita lemas dalam lautan kerugian!


Selamat berenang ke permukaan!


Sahabat Yang Meriwayatkan Hadis Kurang Dari Seribu

Sebelum ini saya ada menulis tentang sahabat-sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis dan jumlah hadis yang diriwayatkan mereka yang mana hadis yang diriwayatkan oleh mereka melangkaui seribu hadis. Boleh rujuk di sini.

Kali ini saya akan kongsikan pula sahabat-sahabat yang riwayat hadis mereka kurang dari seribu. Mereka ini kita boleh pecahkan kepada 3 :

1. Sahabat yang meriwayatkan ratusan hadis
2. Sahabat yang meriwayatkan puluhan hadis
3. Sahabat yang meriwayatkan kurang dari sepuluh hadis

Sahabat yang meriwayatkan ratusan hadis : 

1. 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 848 hadis.
2. 'Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiyallahu 'anhuma, beliau meriwayatkan sebanyak 700 hadis.
3. Ummu Salamah radhiyallahu 'anha, beliau meriwayatkan sebanyak 378 hadis.
4. Al-Baraa bin 'Azib radhiyallahu 'anhuma, beliau meriwayatkan sebanyak 305 hadis.
5. Abu Dzar al-Ghifari radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 281 hadis.

Sahabat yang meriwayatkan puluhan hadis :

1. Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 95 hadis.
2. Ummul Mukminin Maimunah radhiyallahu 'anha, beliau meriwayatkan sebanyak 76  hadis.
3. Zaid bin Arqam radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 70  hadis.
4. Ummul Mukminin Hafsah radhiyallahu 'anha, beliau meriwayatkan sebanyak 60 hadis.
5. 'Amr bin al-'Ash radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 39 hadis.

Sahabat yang meriwayatkan kurang dari sepuluh hadis :

1. ٍSa'id bin Yarbu' bin 'Ankatsah al-Makhzumi radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 3 hadis.
2. 'Abdullah bin Hudzaafah as-Sahmi radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan juga sebanyak 3 hadis.
3. 'Abdullah bin Hanzhalah al-Ghasiil radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 2 hadis.
4. Haritsah bin an-Nu'man radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 2 hadis.
5. Hassaan bin Tsabit radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 1 riwayat hadis. 

 Rujukan :  Laman Al-Sunnah