Monday, June 23, 2014

Nota Talk Hilal Asyraf : Protaz vs Uspro : Dakwah anak Muda : Posisi Strategik Protaz dan Uspro

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah kali ini saya akan kongsikan nota berkenaan talk yang disampaikan oleh Hilal Asyraf dalam Seminar Wacana Cendekia :  PROTAZ vs USPRO yang berlangsung di Dewan Serbaguna Politeknik Shah Alam pada 22 Jun yang lepas.

Seperti biasa, saya lebih cenderung menggunakan pendekatan nota kerana ia lebih ringan dan mudah untuk dibaca.
 
>Inilah kali pertama saya berjumpa dengan Hilal Asyraf. Biasanya hanya baca karyanya sahaja.
>Ucapannya menggugah semangat, sama seperti apa yang ditulisnya. Berkobar anak muda melihatnya.
>Hilal Asyraf, adalah bayangan pemimpin masa depan dan ikon anak muda yang patut dicontohi.
>Bukan mahu berlebih-lebih dalam memuji, cuma itu apa yang saya rasa. Saya impikan lahir ramai lagi anak-anak muda seperti beliau insya Allah.
 
>Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa perlunya ada di sana tawazun (keseimbangan) antara golongan professional dan asatizah. Dengan tawazun dan sikap melengkapi antara mereka, insya Allah mereka akan mampu memimpin ummah ke jalan Allah taala.
>Bila berbicara tentang tujuan hidup, ramai yang hanya fokus pada Surah Al-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud : 
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan BERIBADAT kepadaKu."
Lalu mereka tertipu bahawa mereka diciptakan hanya untuk beribadah sahaja, sedangkan ada satu lagi ayat Al-Quran yang menjelaskan tujuan hidup yang lain iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud : 
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di bumi". 
Tugas khalifah mentadbir bumi dan mengajak manusia kepada Allah adalah tanggungjawab setiap dari kita.
>Tegas beliau, anak muda hari ini terperangkap dalam sebuah penjara lutsinar. Wujud tetapi tidak tampak. Mereka ditipu oleh dunia dan arus jahiliah. Dalam media sosial seperti Facebook contohnya, ramai yang suka menulis komen tentang sesuatu isu tanpa peduli kesahihan fakta yang diberikan, atau memberikan solusi yang baik untuk sesuatu isu. Seolah-olah mereka robot yang dicipta untuk leka  dengan isu-isu terkini. Habis isu pertama, datang isu kedua dan seterusnya. Mereka menghabiskan masa bertengkar dan menulis apa yang kadang-kadang tidak difahami oleh mereka sendiri. Masa dihabiskan begitu sahaja.
>Begitu juga anak muda yang terlalu ingin mengejar deretan A dalam SPM. Bila tak cemerlang, katanya mahu ambil jurusan agama. Pelik bukan? Bila ditanya kenapa ambil jurusan agama? "SPM tak cemerlang.". Seolah-olah tidak menjawab soalan. Maka keluarlah golongan asatizah yang menconteng arang di wajah agama. Agama tampak kelakar, susah, tidak realistik menurut acuan mereka.
 
>Pada akhirnya, beliau simpulkan bahawa peranan Protaz mahupun Uspro adalah mengeluarkan masyarakat dari penjara lutsinar tersebut. 
>Mesti ada usaha meramaikan lagi Protaz dan Uspro.
>Visi yang mahu dicapai mesti jauh dan melangit.
 
*sebahagian point saya hurai menurut kefahaman saya dan tidak disebut pun oleh Hilal Asyraf. 


Sunday, June 22, 2014

Nota Talk Dr Harlina Halizah Siraj : Protaz & Uspro : Cabaran Luaran Dan Dalaman Islam

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah kali ini saya akan kongsikan nota berkenaan talk yang disampaikan oleh Dr Harlina Halizah Siraj dalam Seminar Wacana Cendekia :  PROTAZ vs USPRO yang berlangsung di Dewan Serbaguna Politeknik Shah Alam pada 22 Jun yang lepas.

Saya lebih cenderung menggunakan pendekatan nota kerana ia lebih ringan dan mudah untuk dibaca.

Talk Dr Har bertajuk "Protaz & Uspro : Cabaran Luaran Dan Dalaman Islam".

>Dr Har memulakan penyampaian beliau dengan menerangkan definisi profesion, professional, PROTAZ dan juga USPRO.

>Ada 10 perkara yang mendefinisikan professionalisma sebenar menurut Alan Norton :
1. Put customer satisfaction first
2. Make expertise your specialty
3. Do more than expected
4. Do what you say and say what you can do
5. Communicate effectively
6. Follow exceptional guiding principles
7. Praise your peers not yourself
8. Share your knowledge
9. Say thank you
10. Keep a smile on your face and the right attitude in your heart

>Professionalism itu ada 3 :
1. Self Regulation : Disiplin/Adab
2. Self Correction : Islah
3. Self Reflection : Muhasabah

>Professionalism itu juga adalah "Doing the RIGHT thing when nobody is WATCHING.

>Sifat mukmin professional itu disebut dalam Surah Al-Qasas ayat 26 :
 

>Sifat unggul Mukmin Professional :
1. Pemurah demi perjuangan
2. Keimanan dan keyakinan
3. Amat tegas berpegang kepada prinsip Islam
4. Berani demi kebenaran
5. Pemurah dan pemalu.
6. Keberanian dalam berperang
7. Ketegasan berpegang pada prinsip ajaran Islam
8. Dipercayai di kalangan umat (Aminul Ummah)
9. Tetap pendirian

>Contoh mukmin professional : 
1. Abu Bakar As-Siddiq (Yang membenarkan risalah)
2. Umar Al-Khattab Al-Faruq (Yang memisahkan)
3. Uthman bin Affan (Yang pemalu)
4. Ali bin Abi Talib (Yang berani)
5. Talhah bin Ubaidillah (Yang sedia berkorban)
6. Zubair bin Al-Awwam (Hawari Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam)
7. Saad bin Abi Waqqas (Pendakwah berprinsip)
8. Abdul Rahman bin Auf (Hartawan yang pemurah)
9. Abu Ubaidah Al-Jarrah (Aminul Ummah)
10. Said bin Zaid (Yang tetap pendirian)
(Pahrol Juoi) 



>Definisi dan Takrifan
-Protaz : 
*individu yang pada asalnya mengambil bidang bukan agama sebagai jurusan utama tetapi akhirnya mendalami agama dan menguasai kedua-dua bidang tersebut iaitu agama dan professional
*mendapat pendidikan Islam secara rasmi (madrasah/pondok) atau tidak rasmi (rumah, masjid, surau)
*mahir dalam pelbagai bidang seperti saintis akauntan dan pakar ekonomi ,pakar seni dan sastera.
(Danial Zainal Abidin, 2006)

Uspro :
*golongan asatizah yang mendalam bidang agama Islam sebagai jurusan utama dan mempunyai ciri-ciri professional dalam penguasaan ilmu dan bahasa, kepimpinan pengurusan dan pentadbiran serta kemahiran komunikasi dan hubungan interpersonal.
(Harlina,2014)

>Gandingan Protaz dan Uspro adalah gandingan yang mantap


>Al-Fadhil Ustaz Dr Arieff Salleh Rosman, Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi UTM adalah contoh Uspro yang baik menurut Dr Har.

>Pendekatan Dakwah Protaz
1. Mengislamisasi wilayah professional
2. Mengadunkan penemuan sains moden dengan ilmu teras Islam.
3. Mengintegrasi Islam dengan pendekatan ilmu semasa.
4. Memanfaatkan dakwah digital.
5. Menggerakkan amal dakwah melalui jamaah @ NGO dakwah
6. Mengikut manhaj Salafi. (evidence-base)
7. Menggunakan bahasa Inggeris dalam berdakwah
(Safinah et al,2013)

>Pandangan Protaz terhadap pendekatan asatizah semasa :
1. Penguasaan ilmu peringkat asas, tidak meningkat ke tahap kesarjanaan (Sarjana dan Doktor Falsafah)
2. Tradisional dan konvensional
3. Terlalu rigid dan sempit
4. Terlalu ringan dan kurang fokus (penuh jenaka dan gurauan)
5. Kurang meraikan kepelbagaian pendapat 
6. Tidak responsif terhadap anjakan paradigma masyarakat umum yang semakin terpelajar dan mahukan perbahasan segar, terkini dan intelektual.


>Pandangan asatizah terhadap pemikiran dakwah Protaz
1. Belajar agama Islam tanpa guru yang murshid.
2. Mengganggu wilayah (territory) ulama dan cendekiawan Islam
3. Tidak mempunyai asas pengerahuan Al-Quran dan Al-Sunnah
4. Lemah atau tiada langsung penggunaan bahasa Arab
5. Menyentuh perkara di luar bidang kepakaran

>KESIMPULAN
1. Fenomena kemunculan Protaz dan Uspro harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan ummah 
2. Usaha menggabungkan kepakaran dan bakat kedua pihak akan menjadi cahaya penyuluh untuk menerangi kegelapan dan kejahilan ummah



Thursday, June 19, 2014

Nota tentang Sri Lanka

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa hari lepas saya ada kongsikan nota tentang apa yang berlaku di Iraq. Insya Allah kali ini saya akan kongsikan pula tentang apa yang sedang berlaku di Sri Lanka.

> Sejak awal tahun lepas, muslim di Sri Lanka menghadapi berbagai halangan dan diperangi dari pelbagai sudut samada dari segi agama, ekonomi dan juga keamanan.
>Penyumbang utama kepada apa yang berlaku ialah kemunculan kumpulan Buddha yang ekstremis antaranya Bodu Bala Sena (BBS)

Lambang  Bodu Bala Sena (BBS)

>Mereka menyerang perkampungan Muslim, membaling batu ke arah masjid, memecah masuk rumah orang Islam, menyerang orang Islam yang tidak bersalah sehingga memaksa ramai dari mereka berlindung di Masjid.
> Bodu Bala Sena (BBS) yang diketuai oleh Kirama Vimalajothi menuduh orang Islam di Sri Lanka dengan pelbagai tuduhan tidak berasas, antaranya :
1. Mereka mendakwa orang Islam tidak pernah wujud dalam sejarah Sri Lanka
2. Mereka mendakwa orang Islam ada angkatan tentera bersenjata
3. Mereka mendakwa orang Islam di sana memaksa orang lain memeluk islam secara paksaan
>BBS juga memfitnah orang Islam dengan pelbagai lagi tuduhan

Kirama Vimalajothi, Ketua BBS
>BBS ingin melihat Sri Lanka tanpa seorang pun muslim.
>BBS melakukan pelbagai usaha demi memerangi orang Islam dengan kempen, demonstrasi dan macam-macam lagi
>Pertubuhan SLMDI yang berpusat di London menganjurkan perarakan aman pada 5 Mei 2014 bagi menunjukkan kepada dunia api perkauman yang dicetuskan oleh BBS ke atas muslim di Sri Lanka.
>Premis-premis perniagaan milik orang Islam di bandar Aluthgama dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab 
>Penyokong-penyokong BBS beberapa hari lepas berkumpul di bandar tersebut sehingga pasukan pengaman terpaksa datang supaya tidak tercetus pembunuhan dan pergaduhan antara penyokong-penyokong BBS dan orang Islam
>Di bandar Darga, golongan Buddha yang ekstremis telah melepaskan tembakan ke arah sebuah masjid yang mengakibatkan 3 kematian.
>Fakta nombor :
- 3 kematian
- 80 cedera
- 300 buah rumah terbakar atau dimusnahkan
- 47 buah premis perniagaan terlibat dengan kebakaran dan 17 daripadanya musnah.
>Bandar-bandar seperti Darga, Aluthgama dan juga Beruwala masih dalam keadaan tidak aman
>Berikut adalah gambar-gambar sekitar kejadian :










Nota tambahan :
>Populasi Muslim di Sri Lanka adalah 10%
>Populasi Buddha di Sri Lanka pula adalah 70%

*Jika ada sebarang kesalahan fakta, mohon tegur ya.
Sumber :
1. The Guardian (http://bit.ly/1pM02ub)
2. Maklumat dari kenalan di Sri Lanka
3. Wikipedia



Tuesday, June 17, 2014

Tips Nak Faham Quran

Dalam usaha memahami Al-Quran, tahu maksud setiap perkataan adalah sangat penting. 

Apa kata anda ambil sehelai kertas A4, kemudian lipat seperti dalam gambar. Kemudian capai Al-Quran terjemahan berkaitan dengan anda dan senaraikan perkataan yang anda tidak faham dan tulis maksudnya disebelah berdasarkan terjemahan tersebut.

Kemudian, mulalah menghafal perkataan dan maksudnya dan minta rakan atau kenalan anda untuk menyoal anda maksud setiap perkataan tersebut bagi menguji kefahaman dan hafalan anda.
Moga-moga usaha kita untuk memahami Al-Quran ini diberkati oleh Allah.






Nota Tentang Iraq

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku di Iraq berdasarkan wawancara bersama Dr Maszlee Malik di Astro Awani dari jam 9.30-10.00 malam tadi.
Saya juga ada merujuk sedikit sebanyak tentang ISIL di Wikipedia.

Penulisan ini berdasarkan pengetahuan terbatas saya mengenai apa yang berlaku di Iraq.
Maka jika ada sebarang kesalahan fakta, mohon perbetulkan

> Di Iraq, ada 4 isu utama yang berkait rapat iaitu :
1. Pergolakan di Syria
2. Pentadbiran Nouri Maliki yang menindas Sunni
3. Pengaruh Iran di rantau tersebut
4. Industri keganasan

Bendera ISIL

>ISIL dan ISIS adalah sama
>ISIL adalah merupakan ringkasan kepada Islamic State in Iraq and the Levant.
>ISIL dalam bahasa Arab disebut sebagai داعش iaitu الدولة الاسلامية في العراق والشام
>ISIL adalah pecahan dari Al-Qaeda
>ISIL beroperasi di Iraq, Syria, Turki dan Lubnan
>Ketuanya adalah Abu Bakr Al-Baghdadi (2010 hingga sekarang)
>Sebelum ini ketuanya adalah Abu Omar Al-Baghdadi (2006-2010)
>Sebelum ini menggunakan pelbagai nama antaranya Jamaah Al-Tauhid Wa Al-Jihad (JTJ)
>Pada 9 April 2013, setelah mereka meluaskan pengaruhnya ke Syria, mereka menamakan kumpulan mereka sebagai ISIS dan juga ISIL
>Pada 13 Oktober 2006, mereka mendakwa mereka telah menguasai Baghdad, Anbar, Diyala, Kirkuk, Salah al-Din, Ninawa dan sebahagian dari Babel.
>Pada tahun 2013, mereka telah menguasai 16 wilayah termasuk  Al Barakah, Al Kheir, Al Raqqah, Al Badiya, Halab, Idlib, Hama, Damascus dan The Coast di Syria.
>ISIL disebut sebagai kumpulan jihadis yang paling kaya setelah dikatakan mempunyai dana sebanyak 429 juta USD
>Seorang penganalisis, Brown Moses berkata bahawa dengan dana sebanyak itu, ISIL boleh membayar 60,000 askar sebanyak 600 USD sebulan.


>Mantan Timbalan Menteri Iraq yang dibuang negeri dan tidak dibenarkan pulang berkata bahawa apa yang berlaku di Iraq adalah merupakan kebangkitan Sunni terhadap pemerintahan Nouri Al-Maliki
>Dunia difokuskan terhadap ISIL dengan peranan media, padahal mereka hanyalah komposisi kecil sahaja.
>Secara umumnya, Iraq boleh dibahagikan kepada 3 golongan :
1. Kurdi (Sunni)
2. Arab Sunni
3. Arab Syiah
>Golongan-golongan ini terbahagi angkara Amerika yang datang mengaut hasil bumi Iraq, lalu apabila mereka sudah puas mengaut hasil, mereka hancurkan bumi Iraq.
>Amerika ada kepentingan di Bumi Iraq dan mereka mahu mengekalkan hegemoni Israel.
>ISIL kuasai kawasan free movement di sempadan Syria dan juga Turki
>ISIL didakwa ciptaan Iran yang bertanggungjawab membiayai kumpulan ini serta membekalkan peralatan canggih dan terkini kepada mereka.
>Namun serangan ke atas Iraq termasuk Mosul dikatakan mengancam kedudukan Iran seterusnya membenarkan Iran menerima bantuan dari Amerika.
>Ahli kumpulan ISIL didakwa merupakan serpihan dari kumpulan Al-Qaeda yang keluar dan membentuk ISIL. Namun Al-Qaeda menafikan dakwaan tersebut.
>Menurut Dr Maszlee, pergolakan di negara itu sebenarnya tidak dicetuskan oleh ISIL, tetapi adalah kerana pemberontakan tentera Iraq yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Nouri Al-Maliki.
Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq

>Namun,apa yang selalu dihighlightkan oleh media barat adalah pergolakan berpunca dari serangan ISIL.
>Tentera Amerika seramai 250 orang yang dihantar ke Iraq adalah untuk melindungi konsulat dan rakyat Amerika di sana, bukan untuk rakyat Iraq.
>Sebarang hubungan Iran dengan Barat akan memberikan Iran lebihan masa untuk meluaskan pengaruh mereka di rantau tersebut.
>Iraq adalah "failed nation".
>Seluruh pihak yang berada di Iraq tidak akan membawa masa depan yang lebih cerah untuk Iraq.
>Sepatutnya Liga Arab masuk campur dalam urusan Iraq, namun seperti apa yang berlaku di Palestin,Syria dan lain-lain, mereka hanya membisu dan tak boleh diharap.

>Berikut adalah rakaman wawancara mengenai Iraq di Astro Awani semalam bersama Dr Maszlee Malik.




Saturday, May 3, 2014

Al-Asr : Kita Sedang Lemas!

Surah Al-Asr mengajar kita 4 perkara penting agar kita tidak terjerumus dalam kerugian yang dianalogikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan sebagai sedang lemas (baca : drowning) :

1. Iman
2. Melakukan amal soleh
3. Menyebarkan kebenaran
4. Sabar

Beriman itu sebagai asas, lalu beramal soleh yang merupakan kesan iman. Tak cukup dengan beramal soleh, kena ajak orang lain buat baik dan sedarkan mereka bahawa mereka sedang lemas! ( dalam kerugian).

Lalu dalam beriman, beramal soleh dan mengajak orang lain berbuat baik pasti ada cabaran dan dugaan, lalu kita kena bersabar.

Keempat-empat perkara ini berkesinambungan dan ia berulang-ulang.
Meninggalkan empat perkara ini bermakna kita membiarkan kita lemas dalam lautan kerugian!


Selamat berenang ke permukaan!


Sahabat Yang Meriwayatkan Hadis Kurang Dari Seribu

Sebelum ini saya ada menulis tentang sahabat-sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis dan jumlah hadis yang diriwayatkan mereka yang mana hadis yang diriwayatkan oleh mereka melangkaui seribu hadis. Boleh rujuk di sini.

Kali ini saya akan kongsikan pula sahabat-sahabat yang riwayat hadis mereka kurang dari seribu. Mereka ini kita boleh pecahkan kepada 3 :

1. Sahabat yang meriwayatkan ratusan hadis
2. Sahabat yang meriwayatkan puluhan hadis
3. Sahabat yang meriwayatkan kurang dari sepuluh hadis

Sahabat yang meriwayatkan ratusan hadis : 

1. 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 848 hadis.
2. 'Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiyallahu 'anhuma, beliau meriwayatkan sebanyak 700 hadis.
3. Ummu Salamah radhiyallahu 'anha, beliau meriwayatkan sebanyak 378 hadis.
4. Al-Baraa bin 'Azib radhiyallahu 'anhuma, beliau meriwayatkan sebanyak 305 hadis.
5. Abu Dzar al-Ghifari radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 281 hadis.

Sahabat yang meriwayatkan puluhan hadis :

1. Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 95 hadis.
2. Ummul Mukminin Maimunah radhiyallahu 'anha, beliau meriwayatkan sebanyak 76  hadis.
3. Zaid bin Arqam radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 70  hadis.
4. Ummul Mukminin Hafsah radhiyallahu 'anha, beliau meriwayatkan sebanyak 60 hadis.
5. 'Amr bin al-'Ash radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 39 hadis.

Sahabat yang meriwayatkan kurang dari sepuluh hadis :

1. ٍSa'id bin Yarbu' bin 'Ankatsah al-Makhzumi radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 3 hadis.
2. 'Abdullah bin Hudzaafah as-Sahmi radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan juga sebanyak 3 hadis.
3. 'Abdullah bin Hanzhalah al-Ghasiil radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 2 hadis.
4. Haritsah bin an-Nu'man radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 2 hadis.
5. Hassaan bin Tsabit radhiyallahu 'anhu, beliau meriwayatkan sebanyak 1 riwayat hadis. 

 Rujukan :  Laman Al-Sunnah