Thursday, November 20, 2014

Qawaid Manhajiyyah

Menurut Syeikh Falih Muhammad al-Saghir, ramai penuntut ilmu menghabiskan bertahun-tahun untuk belajar, melazimi majlis-majlis ilmu, rajin belek kitab, namun akhirnya didapati bahawa mereka kurang menguasai pun apa yang mereka belajar akibat cara belajar yang salah.
Oleh sebab itulah menurut beliau penuntut ilmu mestilah mempunyai Qawaid Manhajiyyah yang betul.

_______________

Antara Qawaid Manhajiyyah dalam menuntut ilmu yang disebut oleh Syeikh Falih Muhammad al-Saghir ;

1. Mengikhlaskan niat.
2. Melazimi adab seorang penuntut ilmu.
3. Menghafal Al-Quran.
4. Mengambil ilmu dari ulama.
5. Menghafal ilmu tersebut.
6. Bersedia sebelum masuk kelas.
7. Mementingkan ta'sil (kuasai asas2 bagi setiap cabang ilmu).
8. Tahu serba sedikit mengenai setiap cabang ilmu.
9. Mementingkan pembelajaran dalam kelas.
10. Ada pemeringkatan dalam belajar (tadarruj dan marhaliyyah).
11. Muhasabah diri dan selalu membekal diri dengan keimanan (zad iimani).
12. Berdoa agar Allah memberi taufik dan kemudahan. 


Setiap satu kaedah ini ada huraiannya. Insya Allah dikongsi pada lain waktu.

Nasihat untuk diri sendiri juga.


No comments:

Post a Comment