Seorang Hamba Allah menulis :
من منّا لم يلاحظ التغيّر في حياته بعد دخول الواتس آب والتويتر عليها ..؟
إنه الغزو الفكري للعقول، وللأسف انقدنا إليه، وبعدنا عن ديننا الإسلامي القويم، وعن ذكر الله..
اصبحنا عُبّاداً للواتس آب والتويتر والفيسبوك
Siapakah dari kita yang tidak melihat bagaimana kehidupannya telah berubah setelah masuknya Whatsapp, Facebook, dan twitter dalam kehidupannya ...?
Ini merupakan Ghazwul Fikri (Perang Ideologi) yang menyerang minda, dan sayangnya, kita telah tunduk kepadanya dan kita telah jauh dari agama Islam yang lurus dan jauh dari zikir kepada Allah..
Kita telah menjadi penyembah-penyembah Whatsapp, Twitter, Facebook..
لماذا تحجرت قلوبنا؟
لكثرة ما نشاهد من مشاهد مخيفة وحوادث مما ينشر في الواتس آب، فأصبح لقلوبنا عادة، فما باتت تخشى من شيء، لذلك تحجرت.
Mengapa hati kita keras membatu!?
Kerana kita sering melihat video-video menakutkan dan juga peristiwa-peristiwa yang dishare di Facebook atau Whatsapp, maka akhirnya hati kita telah terbiasa .. dan jadilah hati kita tidak lagi takut pada apapun, berubah mengeras bagai batu.
لماذا تفرقنا وقطعنا الأرحام؟
لان تواصلنا أصبح بالواتس آب، فيوهمنا وكأن الشخص كل يوم نراه، ولكن للاسف ليس بهذه الطريقة تكون صلة الرحم كما في ديننا الإسلامي.
Mengapa kita berpecah belah dan memutuskan silaturrahim!?
Kerana silaturrahim kita kini hanya melalui Whatsapp sahaja, lalu menjadikan kita seolah-olah bertemu mereka setiap hari.
Sayangnya bukan ini caranya bersilaturrahim menurut Islam.
لماذا أصبحنا نغتاب الناس بكثرة ونحن لا نجالس أحدا؟
لاننا كلما وصلتنا رسالة تعيب شخصا أو جماعة سارعنا في إرسالها للمجموعة، فبتنا نغتاب وبسرعة كبيرة ونحن غير مدركين لما كسبنا من آثام..
Mengapa kita selalu mencela umpat manusia, padahal kita hanya duduk berseorangan..?
Ini kerana sewaktu kita mendapat mesej yang terkandung celaan dan makian terhadap seseorang atau suatu kumpulan, dengan begitu cepat kita menyebarkannya kepada group-group Whatsapp , sedang kita tidak sedar banyaknya dosa yang telah kita lakukan.
لماذا ضيعنا صلاة الصبح في جماعة؟!
لاننا مشغولون طوال الليل فما بتنا نقوى على النهوض لصلاة الصبح في جماعة فمنا من يصليها متأخرا ومنا من يصليها بعد الشروق ويكاد منا لا يصليها.
حتى احب الأوقات لله تعالى مثل القيام وقبل الشروق نحن مشغولون بالواتس اب والتويتر بالرسائل الصباحيه وغيرها!!
Mengapa kita tidak solat subuh berjamaah??
Kerana kita sibuk berjaga sepanjang malam lalu kita tidak cukup rehat dan tidur untuk solat Subuh berjemaah..
Diantara kita ada yang solat subuhnya lambat, ada yang solatnya setelah terbit matahari, malah ada yang hampir-hampir tidak solat...
Bahkan waktu-waktu yang paling dicintai oleh Allah seperti waktu solat malam dan sebelum terbit matahari kita sibuk ber WhatssApp dan Twitter untuk share mesej-mesej dan yang lainnya..?!
لماذا لم يكن التوفيق في حياتنا؟!
لأننا هجرنا القرآن فنحن مشغولون اربعة وعشرون ساعه بهذه التقنيه وغيرها من امور الدنيا فلم نوفق لاعراضنا عن الذكر فلنا معيشة ضنكا.
Mengapa kebaikan sukar datang dalam kehidupan kita..?
Kerana kita telah meninggalkan al-Qur'an, sementara kita sibuk 24 jam dengan teknologi ini dan perkara dunia lainnya, maka kita pun tidak diberi taufik kerana kita telah berpaling meninggalkan zikir, lalu kehidupan kita kehidupan yang sempit...
للأسف أصبحنا كالمدمنين..!
(نأكل والهاتف باليد اليسرى.. نجلس مع الأصحاب والهاتف بيدنا.. نتحدث مع الأم والأب، والواجب احترامهما، ولكن الهاتف باليد، نقود والهاتف باليد، حتى أطفالنا فقدوا الحنان لأننا أعرضنا عنهم لأجل الهاتف).
كل هذا وأكثر
Sayangnya, kita telah menjadi penagih...
Kita makan dengan smartphone di tangan kiri kita...
Kita duduk bersama kawan-kawan, sementara smartphone tergenggam erat..
Kita berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi smartphone masih tergenggam di tangan...
Kita sedang memandu, smartphone tetap juga di tangan...
Sehinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, karena kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan smartphone...
Dan banyak lagi ....
لا أرغب بسماع من يدافع عنه، فقبل دخول تلك التقنية لم يكن يحظى الهاتف باهتمامنا، أما الآن فإذا غفلنا عنه لساعة فترانا بلهفة له، وياليتها كانت للصلاة والقرآن.
فمن منا ينكر ذلك؟ ومن منا لم يلاحظ الانقلاب في حياته بعدما دخلت إليه هذه التقنية وأدمن عليها؟
Aku tidak ingin mendengar sesiapapun yang membela perkara-perkara ini (WhatssApp, Facebook, dan Twitter), kerana dahulu sebelum pesatnya teknologi, smartphone tidaklah menjadi perhatian kita..
Adapun kini, sesaat sahaja smartphone kita tertinggal, betapa kita merasa kehilangan. Kalaulah perasaan seperti itu juga ada pada solat dan tilawah al-Quran..
Siapakah dari kita yang mengingkari hal ini?
Siapa yang tidak perasan perubahan negatif dalam hidupnya setelah masuknya teknologi ini dan dia adalah merupakan penagihnya..?
بالله علينا من سيكون أنيسنا في القبر
هل الواتس آب؟
أم التويتر ؟
أم القرآن؟!
إنه القرآن الذي ما باتت تتلى آياته وبات مهجورا.
Demi Allah, siapakah yang akan menjadi peneman kita nanti di kubur?
Whatsapp...?!!
Twitter...?!!
Atau Al-Qur'an...?!
Al-Qur'anlah yang akan menemani kita, tetapi kita meninggalkannya...
فلا ينفع الندم يوم لا ينفع الواتس اب والتويتر في موقف عظيم شديد الأهوال
لنعد إلى الله، ولا يشغلنا شي عن ديننا، فما ندري كم لنا من العمر بقية..!
( وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا )
Tidak berguna lagi penyesalan pada hari di mana WhatsApp dan Twitter, dalam keadaan dahsyat di hari kiamat yang cukup mengerikan.
Marilah bersama kita kembali kepada Allah, jangan biarkan sesuatupun yang menyibukkan kita dari agama kita..
Sungguh, kita tidak tahu berapakah umur kita yang masih tersisa...
Allah berfirman:
(وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا)
“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Taha : 124)
(Diterjemahkan oleh seorang hamba Allah semoga Allah membalas kebaikannya di dunia dan di akhirat)
Semoga smartphone menjadi wasilah untuk mengingati Allah bukan sebaliknya.
Disclaimer : Nasihat-nasihat di atas dipercayai merupakan kata-kata Syeikh Su'ud al-Syuraim. Ada juga yang menegaskan ia bukan nasihat beliau.
Apapun, tidak penting siapa penulis.
Akhirnya yang penting ialah sejauh mana kita hayati dan amalkan.
No comments:
Post a Comment