Sunday, June 29, 2014

Nota : Ramadhan dan Sains oleh Dr Danial Zainal Abidin

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah kali ini saya akan kongsikan nota ringkasan dari artikel Dr Danial Zainal Abidin di link ini.
Dr Danial Zanial Abidin

[Puasa dan Detoksifikasi]
Fasa Detoksifikasi

>Detoksifikasi adalah proses mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin.


>Menurut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, puasa ketika sakit mampu merehatkan badan pesakit lalu membantu membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel.

> Menurut Dr. Cindy Engles (Ph.D) pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, binatang-binatang apabila mereka sakit mereka akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural ke arah kesembuhan

>Dalam satu kajian Intermountain Heart Collaborative Study 515 pesakit telah diuji kaji di sudut kesihatan jantung. Kajian ini mendapati mereka yang kerap berpuasa mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung.

[Ramadhan dan Kesihatan]

> Pada tahun 1994, kongres antarabangsa pertama bertemakan ‘Kesihatan dan Ramadan’ diadakan di Casablanca. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kertas kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa di musim Ramadan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan malah sebaliknya ia mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. (Rujukan: The Spiritual and Health Benefits of Ramadan Fasting,
Dr. Shahid Athar, M.D., www.crescentlife.com )


>Dalam satu lagi kajian yang dilakukan ke atas 32 lelaki yang berpuasa Ramadan, peratus kolesterol secara keseluruhannya (total cholesterol) didapati menurun 7.9% (7.9%, p<0.001) dan lemak trigliserida (triglycerides) juga menurun sebanyak 30% (30%, p<0.001) berbanding paras sebelum mereka berpuasa. Pada ketika yang sama paras kolesterol baik (serum HDL) meningkat 14.3% (14.3%, p<0.001) dan berkekalan seperti itu selama sebulan. Kolesterol keji pula (serum LDL) menurun sebanyak 11.7% (11.7%, p<0.001) juga selama sebulan. Berat badan mereka yang berpuasa ini pula didapati menurun sebanyak 2.6% pada hari ke-29 Ramadan. (Rujukan: Annals of Nutrition and Metabolism, 41: 242-249, 1997) Kesemua ini menunjukkan bahawa berpuasa di bulan Ramadan sememangnya baik untuk kesihatan. 

[Puasa dan Kesihatan Mental]

>Puasa memberikan kesan yang sangat baik kepada otak.

>Dalam satu eksperimen oleh National Institute on Aging (Amerika) ke atas tikus-tikus, mereka mendapati tikus-tikus yang diberi makanan secara berjadual kemudian disusuli dengan puasa secara berselang-seli mampu bertahan walaupun setelah diberikan sejenis bahan kimia toksik kepada saraf (neurotoxin) yang boleh menyebabkan penyakit seumpama Alzheimer (penyakit kelupaan) kepada manusia.

[Bersahur dan Sains]
Dr. Mark Pereira

>Dr. Mark Pereira dari  Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yang sentiasa bersahur ataupun bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi. 

*Jika puasa dilakukan dengan penuh adab dan syarat-syaratnya, kita akan dapat segala kebaikan rohani dan juga jasmani dengan izin Allah.


No comments:

Post a Comment