Thursday, June 19, 2014

Nota tentang Sri Lanka

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa hari lepas saya ada kongsikan nota tentang apa yang berlaku di Iraq. Insya Allah kali ini saya akan kongsikan pula tentang apa yang sedang berlaku di Sri Lanka.

> Sejak awal tahun lepas, muslim di Sri Lanka menghadapi berbagai halangan dan diperangi dari pelbagai sudut samada dari segi agama, ekonomi dan juga keamanan.
>Penyumbang utama kepada apa yang berlaku ialah kemunculan kumpulan Buddha yang ekstremis antaranya Bodu Bala Sena (BBS)

Lambang  Bodu Bala Sena (BBS)

>Mereka menyerang perkampungan Muslim, membaling batu ke arah masjid, memecah masuk rumah orang Islam, menyerang orang Islam yang tidak bersalah sehingga memaksa ramai dari mereka berlindung di Masjid.
> Bodu Bala Sena (BBS) yang diketuai oleh Kirama Vimalajothi menuduh orang Islam di Sri Lanka dengan pelbagai tuduhan tidak berasas, antaranya :
1. Mereka mendakwa orang Islam tidak pernah wujud dalam sejarah Sri Lanka
2. Mereka mendakwa orang Islam ada angkatan tentera bersenjata
3. Mereka mendakwa orang Islam di sana memaksa orang lain memeluk islam secara paksaan
>BBS juga memfitnah orang Islam dengan pelbagai lagi tuduhan

Kirama Vimalajothi, Ketua BBS
>BBS ingin melihat Sri Lanka tanpa seorang pun muslim.
>BBS melakukan pelbagai usaha demi memerangi orang Islam dengan kempen, demonstrasi dan macam-macam lagi
>Pertubuhan SLMDI yang berpusat di London menganjurkan perarakan aman pada 5 Mei 2014 bagi menunjukkan kepada dunia api perkauman yang dicetuskan oleh BBS ke atas muslim di Sri Lanka.
>Premis-premis perniagaan milik orang Islam di bandar Aluthgama dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab 
>Penyokong-penyokong BBS beberapa hari lepas berkumpul di bandar tersebut sehingga pasukan pengaman terpaksa datang supaya tidak tercetus pembunuhan dan pergaduhan antara penyokong-penyokong BBS dan orang Islam
>Di bandar Darga, golongan Buddha yang ekstremis telah melepaskan tembakan ke arah sebuah masjid yang mengakibatkan 3 kematian.
>Fakta nombor :
- 3 kematian
- 80 cedera
- 300 buah rumah terbakar atau dimusnahkan
- 47 buah premis perniagaan terlibat dengan kebakaran dan 17 daripadanya musnah.
>Bandar-bandar seperti Darga, Aluthgama dan juga Beruwala masih dalam keadaan tidak aman
>Berikut adalah gambar-gambar sekitar kejadian :










Nota tambahan :
>Populasi Muslim di Sri Lanka adalah 10%
>Populasi Buddha di Sri Lanka pula adalah 70%

*Jika ada sebarang kesalahan fakta, mohon tegur ya.
Sumber :
1. The Guardian (http://bit.ly/1pM02ub)
2. Maklumat dari kenalan di Sri Lanka
3. Wikipedia



No comments:

Post a Comment